PULAU PINANG 14 Mei – Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang disaran merealisasikan pentadbiran berkonsepkan wajah Malaysia baharu dengan melantik sekurang-kurangnya lima Exco Melayu bagi mengimbangi kedudukan geopolitik di negeri ini. Rahmad Isahak Aktivis politik yang juga bekas ahli DAP, Rahmad Isahak berkata, mandat yang diterjemahkan oleh pengundi Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah di luar jangkaan sehingga menyaksikan penambahan kerusi wakil Melayu dalam kalangan komponen Pakatan Harapan. Menurut beliau, mandat…










