ISKANDAR PUTERI 21 Mei – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua akan mempertingkatkan operasi dan penguatkuasaan di kawasan laut menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Komander PPM Wilayah Dua, Assisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, ini kerana pihaknya tidak menolak kemungkinan akan berlaku kegiatan yang menyalahi undang-undang maritim sepanjang tempoh berkenaan. “Ini termasuklah aktiviti penyeludupan keluar dan masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) dan mercun melalui laluan yang tidak diwartakan. “Justeru, kita akan mempertingkatkan kawalan bagi membendung kegiatan itu daripada berlaku,” katanya sempena Rendezvous Program antara PPM…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya