IPOH – Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu dijangka mengumumkan portfolio 10 anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) selewat-lewatnya Rabu ini. Menurut Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim, seorang daripada Exco berkenaan, barisan Exco juga dijadualkan bermesyuarat buat pertama kali pada Rabu ini. “Saya tidak pasti portfolio akan diumumkan pada Rabu atau lebih awal daripada itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat hal ehwal pentadbiran dan taklimat umum mengenai jawatan Exco di…










