KOTA KINABALU – Suasana politik di Sabah bercelaru apabila Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di Istana Negeri di sini malam tadi. Pelantikan ini adalah yang kedua selepas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman mengangkat jawatan sama Khamis lalu di hadapan Yang di-Pertuan Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin. Bagaimanapun, malam tadi Mohd. Shafie pula menghadiri istiadat angkat sumpah…










