KAJANG – Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos yang telah enam hari menghilangkan diri memberi kerjasama kepada PDRM bagi membantu siasatan kes melibatkan beliau. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, satu permohonan waran tangkap terhadap Jamal telah dikemukakan semalam dan dijangka diperoleh hari ini. Beliau menegaskan bahawa polis mengikut prosedur dan berlandaskan undang-undang sedia ada berhubung kes melibatkan Jamal dan bukannya…