Polis lakukan carian di rumah Najib di Pavilion Residences - Utusan Malaysia

Polis lakukan carian di rumah Najib di Pavilion Residences

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Anggota dan pegawai polis sedang melakukan pencarian di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kondominium Pavilion Residences, Jalan Raja Chulan, Bukit Bintang di sini malam ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dan Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan perkara  tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.

Tinjauan Kosmo! di kawasan tersebut mendapati terdapat beberapa kenderaan polis yang diletakkan di depan pintu masuk kondominium tersebut.

Lebih 10 pengamal media tempatan dan antarabangsa berkumpul di kawasan tersebut bagi mendapatkan maklumat terkini berkenaan operasi tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×