Polis, banduan militan Daesh bertempur, enam maut - Utusan Malaysia

Polis, banduan militan Daesh bertempur, enam maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 9 Mei – Enam orang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran antara polis Indonesia dan beberapa banduan pengganas Daesh di sebuah penjara pinggir bandar rayaJakarta.

Dua orang pegawai polis di ibu pejabat Briged Gerakan Polis (Brimob) di Depok dan Agensi Memerangi Keganasan Kebangsaan mengesahkan jumlah kematian tersebut.

Terdahulu, jurucakap Polis Negara Indonesia, Muhammad Iqbal memberitahu wartawan bahawa dia tidak boleh mengulas lanjut sama ada terdapat mangsa yang cedera atau terkorban dan sedang melakukan rundingan dengan kumpulan banduan terbabit.

“Rundingan dengan banduan itu masih berjalan tetapi ketika ini, situasi berada dalam kawalan. Sebarang situasi yang berlaku dalam penjara ber­kenaan tidak boleh diberitahu lagi,” katanya.

Semalam, banduan dikenali sebagai Wawan Kurniawan atau Abu Afif, anggota kumpulan pengganas Jemaah Ansharut Daulah (JAD) mengamuk selepas pengawal penjara enggan membenarkan ahli keluarga­nya memberikan makanan kepadanya.

Sekitar pukul 8 malam, Wa­wan menyuruh banduan lain melarikan diri dan kira-kira lima hingga 10 orang berjaya meloloskan diri dari pintu kurungan mereka.

Selepas itu, beberapa pegawai polis dijadikan sebagai tahanan oleh mereka.

Enam senapang raifal dan lima pistol juga dicuri dari bilik stor barangan semasa rusuhan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×