SKIL menembak merupakan kepakaran paling penting bagi anggota tentera selain aspek kekuatan fizikal dan mental untuk menghadapi musuh. Malah kemahiran tersebut diasah dari semasa ke semasa tanpa mengira unit atau kor serta perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Selaras dengan peranan 10 Briged Para sebagai Pasukan Atugerak Cepat (PAC), pasukan itu kini meningkatkan keupayaan anggota mereka menerusi pembinaan lapang sasar Para Integrated All Weather Multi Mission Shooting Range (PIAW) di…