Penyanyi Adira hamil anak kedua  - Utusan Malaysia

Penyanyi Adira hamil anak kedua 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Penyanyi Adira Suhaimi atau Adira bakal menimang cahaya mata kedua selepas suaminya, Datuk Red mengesahkan isterinya kini  hamil lima bulan.

Perkongsian gembira itu diberitahu oleh Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu, 40, yang berkongsi sekeping gambar Adira dengan menampakkan keadaan perutnya yang membesar. 

Kehamilan pelantun lagu Untuk Cinta itu sekali gus menjadikan ia zuriat kelapan suaminya. 

Adira bergelar isteri kedua kepada Datuk Red selepas mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand dan menerima kelahiran anak sulung pada 10 Mac tahun lalu. 

Bersama isteri pertamanya, Sharifah Norshafila Hassim, Datuk Red dikurniakan seramai empat orang anak.

Dua lagi anaknya yang kini berusia 19 dan 14 tahun merupakan hasil perkongsian hidup dengan bekas isterinya sebelum bercerai. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN