Penunggang motosikal maut digilis lori - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal maut digilis lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Mei – Seorang penunggang motosikal maut selepas digilis lori dalam kejadian di kilometer 19, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.50 tengah hari itu, mangsa, Mas Solihin Mahanad, 26, maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa anggota badan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintenden Azman Shari’at berkata, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari arah Damansara menghala Subang, Selangor.

“Kemalangan berpunca selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas ketika mengelak kon di lorong kecemasan.

“Mangsa kemudian telah terjatuh ke bawah tayar belakang sebuah lori sebelum digilis,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Jelas Azman, tiada rakaman kamera litar tertutup di tempat kejadian dan saksi-saksi boleh berhubung terus dengan pegawai penyiasat, Inspektor Adibahtul Huda Azizi di talian 011-10206989 untuk membantu siasatan.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×