KOTA KINABALU – Pengawal keselamatan sebuah kelab malam dijatuhi hukuman gantung mandatori hingga mati atas pertuduhan membunuh seorang pelajar di Asia City pada dua tahun lalu. Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Nurcahaya Arshad menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Mohd. Azmin Lidin, 29, selepas berpuas hati dengan bukti mensabitkan pertuduhan terbabit. Mohd. Azmin yang memakai baju biru sekadar menahan air mata dan sempat mengukirkan senyuman sepanjang keputusan dibacakan di hadapannya. Tertuduh didakwa…










