KUALA LUMPUR 22 Mei – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memuat naik status jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di laman Facebooknya, dua tahun lalu. Amir Izhar Hamiruddin, 33, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di Hakim Zamri Bakar. Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunakan aplikasi melalui laman profil Facebook ‘Amir Izhar’ secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang…