Pembebasan Anwar rahmat keluarga di bulan Ramadan - Utusan Malaysia

Pembebasan Anwar rahmat keluarga di bulan Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Mei – Sambutan bulan Ramadan kali ini membawa cahaya kebahagiaan bagi keluarga Ketua Umum dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berjaya mendapat perkenan pengampunan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V hari ini.

NURUL IZZAH ANWAR
NURUL IZZAH ANWAR

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah yang juga salah seorang anak kepada pasangan Anwar dan Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail menerusi laman media sosialnya memuat naik status yang menggambarkan kegembiraan mereka sekeluarga selepas terlepas beberapa kali untuk menyambut bulan Ramadan bersama Anwar.

Menurut catatan Nurul Izzah, perasaan gembira itu dikongsi bukan sahaja bersama keluarga terdekat mereka tetapi juga dalam kalangan mereka yang dianggap sebagai sebahagian daripada keluarga Anwar Ibrahim.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagi Nurul Izzah, pembebasan ayahnya itu disambut sebagai hadiah paling manis kerana esok, seluruh umat Islam akan menunaikan ibadah puasa.

Sebagai Naib Presiden PKR, Nurul Izzah juga dapat merasakan kegembiraan masyarakat di Permatang Pauh tentang pengampunan penuh dan kebebasan Anwar daripada penjara.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan kira-kira pukul 11.30 pagi tadi selepas mendapat pengampunan daripada Lembaga Pengampunan yang bermesyuarat pagi tadi.

Ketika dibebaskan di Hospital Reheabilisasi Cheras, dekat sini, Anwar diiring isterinya, Wan Azizah dan Nurul Izzah bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali kemudiannya dibawa menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara tengah hari ini.

Anwar dijatuhkan hukuman penjara lima tahun yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari pada 2008, berjaya mendapat pembebasan awal yang sepatutnya, dibebaskan pada bulan depan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×