KUALA LUMPUR 16 Mei – Seorang pemandu teksi didenda RM1,500 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memiliki harta curi sebuah telefon bimbit kepunyaan seorang pelanggan di sebuah kedai pajak gadai, Sabtu lalu. L. Sukhdev Singh, 57, mengaku bersalah selepas pertuduhannya dibacakan di hadapan Majistret Mahyudin Mohamad Som. Sukhdev didakwa memiliki telefon bimbit jenis Vivo Y25 berwarna putih bernilai RM600 milik A. Punitha, 37, di…









