PETALING JAYA 15 Mei – Tindakan biadap seorang lelaki menunjukkan kemaluan dan melakukan onani di hadapan seorang gadis akhirnya mendapat pembalasan apabila dia dihukum penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Majistret Nor Ariffin Hisham menjatuhkan hukuman itu selepas Mohd. Aiman Abdullah, 42, mengaku bersalah melakukan kelucahan melampau terhadap K. Nishanty, 20, di hentian bas berhampiran stesen minyak Petronas, Desa Mentari di sini kira-kira pukul 3.32 petang, 7 Mei lalu.
Bapa tiga anak itu didakwa mengikut Seksyen 377 D yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun.
Memuatkan artikel berkaitan…
Pertuduhan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Shazreen Nadia Zulkifli sementara tertuduh tidak diwakili peguam.- UTUSAN ONLINE











