LEBIH dua dekad lalu, seorang guru silat memberikan Ahmad Zamli Ali Piah, 59, sebilah keris lama sebaik sahaja menamatkan pembelajaran silatnya. Pemberian keris yang berusia ratusan tahun itu merupakan adat seorang guru sebagai anugerah selepas tamat menuntut ilmu. Ahmad Zamli yang mempelajari silat Gerak Palintau begitu kagum dengan keindahan pembuatan keris tersebut. Sejak itu, beliau semakin suka kepada senjata lama dan barangan antik lantas mengumpulnya sedikit demi sedikit. “Saya merasakan barangan antik ini cukup istimewa terutama cara pembuatannya dengan menggunakan bahan-bahan terpilih yang menampakkan kemahiran serta teknologi orang Melayu zaman…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya