Pelita Raya 2018 diteruskan - Utusan Malaysia

Pelita Raya 2018 diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 24 Mei – Kerajaan negeri akan menganjurkan Pertandingan Pelita Raya Terengganu 2018 mulai 7 Jun depan dalam skala lebih besar apabila diperluaskan ke seluruh daerah bagi menceriakan lagi suasana musim perayaan.

Melalui program tradisi tahunan yang kali ini bertemakan Cahaya Sejahtera Terengganu, ia akan berlangsung selama seminggu iaitu dalam tempoh terakhir Ramadan dan minggu awal Aidilfitri.

Pengarah Pelancongan negeri, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak memberitahu, program dijayakan dengan kerjasama beberapa jabatan adan agensi termasuki Lembaga Muzium Negeri dan pihak berkuasa termpatan.

“Sejak berzaman, pelita, yang sinonim dengan kehidupan masyarakat Melayu, menghias suasana malam sepanjang Ramadan. Amalan yang membawa kemeriahan dan keceriaan ini kini semakin berkurangan.

“Pertandingan ini juga mempromosikan negeri Terengganu melalui penganjuran acara yang berasaskan adat resam, tradisi warisan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Bagi menonjolkan lagi pertandingan ini terutama kepada pelancong, kerajaan negeri telah mendapat kerjasama pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia, Syarikat LPT2 dan Kerja Raya untuk mendirikan replika-replika pelita raya di sekeliling kawasan hentian rehat R&R Perasing.

“Pengguna-pengguna lebuh Raya Pantai Timur 2 boleh memuat naik aksi-aksi ‘selfie’ di laman Beautiful Terengganu, Malaysia untuk dipilih foto-foto yang terbaik,”ujarnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN