'Pelantikan saya ikut perlembagaan' - Utusan Malaysia

‘Pelantikan saya ikut perlembagaan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, bahawa proses pelantikannya sebagai Ketua Menteri Sabah adalah mengikut peraturan dan perlembagaan negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senalang itu berkata, pelantikan tersebut dibuat selepas Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahi­ruddin berpuas hati setelah mendapati beliau mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri.

“Kami sudah menghantar surat mengandungi perakuan daripada ADUN yang menyokong saya kepada Yang di-Pertua Negeri dan Yang di-Pertua Negeri telah memanggil mereka sendiri tanpa kehadiran saya.

“Penilaian telah dibuat dan apabila Yang di-Pertua Negeri yakin seseorang itu mempunyai majoriti yang cukup, Ketua Menteri terdahulu pula tidak mempunyai majoriti yang cukup, maka beliau perlu me­ngosongkan kedudukan tersebut dan meletak jawatan.

“Sekiranya seseorang itu memiliki majoriti yang cukup, maka ia bukanlah satu krisis perlembagaan,” katanya pada sidang akhbar sejurus disahkan sebagai Ketua Menteri di sini lewat malam kelmarin.

Shafie mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah di Istana Negeri di sini.

Istiadat angkat sumpah itu dilakukan selepas Warisan dan Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan setelah memperoleh 35 daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) susulan keputusan enam ADUN dari BN Sabah mengumumkan keluar parti dan Shafie.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×