GEORGE TOWN – Seorang lelaki warga Britain cedera parah pada leher akibat dikelar menggunakan sebilah pisau pemotong kertas di hadapan sebuah restoran di Jalan Penang di sini awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 4.10 pagi itu, mangsa yang juga seorang pelancong berusia 30-an dipercayai terlibat dalam pergaduhan dengan sekumpulan lelaki sebelum lehernya dikelar suspek. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, rakan mangsa berusia 39 tahun yang juga warga Britain mendakwa ternampak mangsa berada di sebalik sekumpulan lelaki dipercayai warga tempatan. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO!…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya