Pelajar UniSZA maut dilanggar kereta - Utusan Malaysia

Pelajar UniSZA maut dilanggar kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS – Seorang penuntut semester enam Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah Perodua Myvi di Jalan Tengku Ampuan Intan Zaharah di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.35 petang itu, Noor Anisah Zainudin, 21, dari Fakulti Undang-undang, Perakaunan dan Perhubungan Antarabangsa tersebut disahkan maut di lokasi kejadian akibat cedera parah pada beberapa bahagian anggota badan.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Pengkuatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Abd. Razak Hasan, siasatan awal mendapati kereta Perodua Myvi dipandu oleh seorang pelajar Universiti Malaysia Terengganu yang menghala ke arah kem Pasukan Gerakan Am Gong Badak telah merempuh motosikal mangsa.

“Motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang oleh mangsa dikatakan secara tiba-tiba keluar dari arah bertentangan dan masuk ke laluan kereta tersebut.

“Pemandu Perodua Myvi sempat menekan brek dan membunyikan hon namun terlanggar mangsa yang ketika itu ingin membuat pusingan U,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×