SEREMBAN 11 Mei – Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) bakal mendapat Presiden baharu berikutan peralihan kuasa pentadbiran kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Rabu lalu. Sumber memberitahu, berdasarkan perlembagaan persatuan itu, jawatan presiden perlu diisi oleh Menteri Besar Negeri Sembilan. “Walau bagaimanapun, jawatan itu masih dipegang oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan sehinggalah Menteri Besar baharu mengambil alih,” katanya di sini hari ini. Pakatan Harapan…










