KUALA LUMPUR – Pasaran kewangan Malaysia kekal stabil dan teratur serta terus berfungsi secara berkesan dalam melancarkan aktiviti perantaraan dalam kalangan peserta pasaran. Presiden Persatuan Pasaran Kewangan Malaysia, Datuk Lee Kok Kwan berkata, selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, secara keseluruhan, sentimen dan reaksi pelabur adalah positif. “Sejak pasaran ringgit tempatan dibuka semula pada hari Isnin lalu, ringgit didagangkan hampir dengan harga dagangan terakhir sebelum PRU iaitu sekitar 3.95 selepas…








