SEREMBAN 9 Mei – Pasangan kembar seiras yang pernah menjadi pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2008 teruja apabila mengundi buat pertama kali dalam Pilihan Raya Umum Ke-14. Rohamina dan Rohaisha Jamil yang masing-masing berumur 27 tahun datang ke pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Sheikh Ahmad di sini hari ini kira-kira pukul 12 tengah hari. Menurut Rohamina, mereka datang dengan ibu dan bapa yang telah beberapa kali mengundi sebelum ini. “Saya agak teruja apabila dapat mengundi kali pertama bersama kembar saya dan ahli keluarga,” katanya ketika…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya