Pakatan Harapan mohon perkenan Sultan Perak bentuk kerajaan negeri - Utusan Malaysia

Pakatan Harapan mohon perkenan Sultan Perak bentuk kerajaan negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 10 Mei — Pakatan Harapan Perak akan memohon perkenan untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini bagi membentuk kerajaan negeri.

Pengerusi PPBM Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata, pembangkang mahu membentuk kerajaan negeri atas dasar gabungan parti mereka yang mempunyai majoriti paling banyak iaitu 29 kerusi DUN berbanding BN (27) dan Pas (3).

“Kami akan memohon perkenan tuanku untuk tubuh kerajaan negeri dan mendapat sembah nasihat daripada baginda,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Begitupun, tiada parti yang mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri di Perak selepas keputusan rasmi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di umumkan, hari ini.

Pakatan Harapan menang 29 kerusi, Barisan Nasional 27 manakala Pas menang tiga kerusi.

Perak mempunyai 59 DUN dan untuk meraih majoriti mudah sesebuah parti perlu menang 30 kerusi bagi membentuk kerajaaan negeri.

Sementara itu, Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir akan mengadakan sidang akhbar, hari ini.

Dalam keputusan pengundian PRU-14 yang diumumkan hari ini, BN hilang kerusi DUN Kubu Gajah, Kamunting, Manjoi, Pasir Panjang, Behrang, Chenderiang dan Hulu Kinta.

Namun BN berjaya merampas DUN Kuala Sepetang, Hutan Melintang dan Changkat Jering.

Zambry berjaya mempertahankan kerusi DUN Pangkor namun kalah di Parlimen Lumut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×