JOHOR BAHRU – Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) negeri Johor, Datuk Osman Sapian dilantik menjadi Menteri Besar Johor selepas mengangkat sumpah di Istana Bukit Serene di sini semalam. Majlis angkat sumpah Menteri Besar ke-16 itu berlangsung penuh istiadat di Balai Menghadap Istana di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Turut berangkat pada majlis berkenaan ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman; Tunku Putera…










