PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan akan melancarkan Ops Bersepadu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri selama dua minggu bermula 7 Jun bagi mengurangkan kemalangan dan kematian di jalan raya, kata Menterinya, Anthony Loke Siew Fook. Beliau berkata, operasi yang membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu akan dilancarkan secara serentak di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban arah selatan dan di semua pintu keluar dari Lembah Klang.…











