KUALA LUMPUR – Pelakon Nora Danish memberitahu bahawa perang antara dirinya dengan pelakon Fasha Sandha berikutan kes sindir- menyindir yang berlaku tahun lalu hampir menemui noktahnya tidak lama lagi dan dia sedang menunggu perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor. ”Berkenaan kes saman fitnah saya terhadap dia, saya akan mengeluarkan kenyataan sebaik sahaja menerima perintah mahkamah dalam masa terdekat. Tunggu sahaja masanya,” ujarnya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa dan pelancaran Skuad…










