PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada pukul 9.45 pagi tadi. Najib hadir ke SPRM untuk memberikan keterangan berhubung siasatan skandal penyelewengan dalam SRC International Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Najib yang tiba dengan menaiki kenderaan Toyota Vellfire berwarna putih dan kelihatan tenang kemudian dilihat masuk ke lobi ibu pejabat SPRM ditemani peguamnya, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden. Pada 18 Mei lalu, SPRM telah menyerahkan notis kepada Ahli Parlimen Pekan itu agar hadir ke pejabat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya