KUALA LUMPUR 12 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meletak jawatan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) serta-merta selepas kekalahan teruk parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Perkara itu diumumkan oleh Najib dalam satu sidang akhbar yang turut dihadiri barisan kepemimpinan tertinggi parti. Najib memberitahu, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan menjalankan tugas-tugas Presiden Parti manakala Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula…










