MB baharu mulakan tugas - Utusan Malaysia

MB baharu mulakan tugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI 14 Mei – Datuk Osman Sapian hari ini memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Besar apabila dengan memasuki pejabatnya di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad di Kota Iskandar pagi ini.


Beliau yang mengangkat sumpah memegang jawatan itu di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Sabtu lalu di Istana Bukit Serene, Johor Bahru tiba di pejabat pentadbiran kerajaan negeri berkenaan pada pukul 9.05 pagi ini.


Ketibaan Osman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas disambut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk A. Rahim Nin.


Beliau kemudian dijadualkan mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawai kanan Pejabat Menteri Besar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×