KOTA SAMARAHAN 17 Mei – Mayat lelaki warga emas ditemukan hari ini masih berada dalam kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang terjunam ke dalam sungai ketika menaiki feri menyeberangi Batang Samarahan pada Isnin lalu. Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Tiong Ling Hii berkata, penemuan tersebut setelah pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dapat menaikkan 4WD berkenaan. Katanya, terdahulu kedudukan 4WD jenis Mitsubishi Storm itu dikenal pasti…










