KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menyiasat secara rapi dan terperinci dakwaan skandal berkaitan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk isu pembelian dua buah kapal selam Scorpene. Kedua-dua kapal selam itu dibeli daripada Perancis pada tahun 2002 pada harga RM2.1 bilion. Menterinya, Mohamad Sabu berkata, perbincangan mengenai pemilihan ahli jawatankuasa siasatan berkenaan akan dibincangkan bersama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan barisan anggota Kabinet…











