PUTRAJAYA – Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik memulakan tugas pada hari pertamanya di Kementerian Pendidikan, Kompleks E di sini pagi ini. Maszlee yang tiba kira-kira pukul.9.30 pagi disambut oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin bersama para pegawai dan kakitangannya. Sebaik tiba di pejabatnya di tingkat 10, beliau secara simbolik mengetip kad perakam waktu kira-kira pukul 9.33 pagi untuk mengesahkan kedatangannya. Maszlee yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam mengangkat sumpah jawatan tersebut di Istana Negara semalam. – K! ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya