KUALA LUMPUR 16 Mei – Sang Garuda sudah bebas daripada kurungan dengan membawa bersamanya banyak kenangan pahit, tetapi beliau dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menanam dengan sedalam-dalamnya segala dendam dan permusuhan, demi kepentingan negara. Lelaki yang dinanti-nantikan setiap orang sejak 20 tahun lepas, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini dikurniakan pengampunan penuh oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, berikutan kemenangan bersejarah Pakatan Harapan…










