IPOH 29 Mei – Semua acara rasmi di peringkat negeri mahupun kebangsaan mesti memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tanpa sebarang tolak ansur. Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, pada masa sama rakyat harus menguasai bahasa Inggeris dengan baik sekiranya ingin melihat Malaysia berjaya sebagai sebuah negara. Beliau berkata, bahasa lain seperti bahasa Cina yang kini menjadi bahasa ekonomi penting, boleh digalak untuk diperkembang jika ingin dipelajari…










