SKUAD hoki wanita negara berjaya mencipta kejutan dengan menewaskan pasukan No. 12 dunia, Jepun 3-2 pada aksi ketiga Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2018 di Bandar Donghae, Korea Selatan semalam. Kemenangan itu merupakan tiga mata pertama buat Malaysian Tigress dan lebih manis ia dilakukan ke atas Jepun, lawan yang tewas 0-2 kepada skuad negara sewaktu edisi dua tahun lepas di Singapura. Pujian harus diberikan kepada semua pemain negara yang bertungkus lumus…










