Kuala Perlis jadi tumpuan ikan lumba-lumba sejak Januari lalu - Utusan Malaysia

Kuala Perlis jadi tumpuan ikan lumba-lumba sejak Januari lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Kuala Perlis yang merupakan perkampungan nelayan terkenal di negeri ini telah menjadi tumpuan ratusan ikan lumba-lumba mencari sumber makanan sejak hujung Januari lalu.

 Pengerusi Persatuan Hijau dan Hidupan Liar Perlis (PNW), Syamil Abdul Rahman berkata, berdasarkan maklumat nelayan di sekitar Kuala Perlis, mereka telah terserempak dengan mamalia comel itu kira-kira tiga bulan yang lalu.

 “Ikan lumba-lumba dilihat menghampiri pinggir pantai untuk mencari makanan seperti anak ikan belanak, kedera dan udang.

 “Waktunya sekitar pukul 12 tengah hari hingga pukul 4 petang setiap hari,” katanya ketika dihubungi hari ini.

 Ikan lumba-lumba jenis Irrawaddy, Indo Pacific dan Bottlenose boleh ditemui sekitar perairan Perlis dan Pulau Langkawi, Kedah bermula Januari hingga Oktober ini.

 Malah, ada nelayan mendakwa ternampak dengan ikan paus jenis Bryde namun, setakat ini tiada bukti jelas yang mengesahkannya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×