PUTRAJAYA 16 Mei – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, individu yang akan menjawat kedudukan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V. Perdana Menteri berkata, beberapa kedudukan dalam kerajaan termasuk Ketua Pesuruhjaya SPRM perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong sebelum pelantikan dapat dibuat. “Ada jawatan yang perlu mendapat kelulusan Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.…










