PUTRAJAYA 31 Mei – Peruntukan kos untuk siaran Piala Dunia 2018 hanya melibatkan RM30 juta dan bukan RM40 juta sebagaimana diumumkan sebelum ini. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, untuk menampung RM30 juta berkenaan, pihaknya telah mendapat tajaan sebanyak RM15 juta untuk separuh kos berkenaan. “Kita telah mendapat surat dari Sports Media and Distribution untuk penyiaran 41 perlawanan Piala Dunia 2018 dengan kos keseluruhan RM30 juta,” katanya dalam…