LIRIKAN senyuman manis terukir di bibir Yusniza Mohamed Yusof, 34, sebaik membuka sekeping kad pemberian anaknya ketika dia baru pulang daripada bertugas di awan biru awal pagi itu. Tidak semena-mena perkataan selamat hari ibu dan bait-bait perkataan yang tertera pada kad ucapan nukilan anak lelakinya itu begitu menyentuh jiwa anak jati Ipoh, Perak ini. Sejak lapan tahun lalu, itu merupakan detik-detik yang paling dinanti-nanti Yusniza setiap kali tibanya hari Ahad…










