RAJA pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan terpaksa menerima hakikat gagal meraih pingat emas acara 100 meter (m) pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia disebabkan kesilapan teknikal. Sebaliknya, Khairul, 19, sekadar menamatkan aksi final 100m di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam di tempat kelima dengan catatan masa tidak memberangsangkan iaitu 10.64 saat (s). Apa tidaknya, catatan itu dianggap pencapaian buruk buat Khairul kerana ia terlalu jauh jika dibandingkan rekod…










