Ketua Menteri Melaka ke-11 mulakan tugas hari ini - Utusan Malaysia

Ketua Menteri Melaka ke-11 mulakan tugas hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 14 Mei – Ketua Menteri, Adly Zahari memulakan tugas beliau yang memegang jawatan tersebut secara rasmi hari ini apabila mengenakan cap jari sebelum masuk ke pejabatnya di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini kira-kira pukul 8.30 pagi tadi.


Beliau yang mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-11 di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob pada Jumaat lalu kemudiannya terus mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Roslan Ibrahim.


Adly, 47, yang merupakan Pengerusi PAN negeri memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Yunus Hitam dan calon Pas, Muhamat Puhat Bedol dengan majoriti 3,159 undi.


Pakatan Harapan Melaka berjaya membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 15 daripada keseluruhan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×