PETALING JAYA – Kontrak yang tidak memihak atau tidak memberi manfaat kepada Malaysia akan dikaji semula, kata Menteri Kewangan yang baru dilantik Lim Guan Eng. Guan Eng berkata, tumpuan utama beliau adalah membantu rakyat Malaysia dan memastikan hak mereka, peluang pekerjaan dan perniagaan dilindungi. “Itu akan menjadi pertimbangan utama. Tumpuan masih kepada membantu mereka yang mendapati amat sukar untuk menyara hidup dan bagaimana untuk menjadikan kehidupan mereka lebih mudah,”…










