JOHOR BAHRU – Ketua Publisiti Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir diumumkan memenangi kerusi Parlimen Johor Bahru menewaskan penyandangnya, Tan Sri Shahrir Samad (Barisan Nasional) dengan meraih majoriti 19,782 undi. Akmal Nasrullah mendapat 50,053 undi manakala Shahrir (30,270 undi). Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Stulang, Andrew Chen Kah Eng, pula berjaya mempertahankan kerusinya untuk penggal yang kedua dengan meraih 24,002 undi, berbanding pesaingnya, Ang Boon Heng…