Keputusan PRU-14: BN tumbang di Kedah - Utusan Malaysia

Keputusan PRU-14: BN tumbang di Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Gabungan parti pembangkang menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri ini dikatakan memenangi 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membentuk kerajaan negeri.

Keputusan tidak rasmi itu diperoleh setakat pukul 11 malam ini.

Difahamkan, Pas hanya memenangi lapan kerusi DUN manakala BN tiga kerusi DUN. Jumlah DUN di negeri ini sebanyak 36 kerusi.

Menurut sumber PKR negeri, jumlah kerusi yang dimenangi Pakatan Harapan itu telah membolehkan parti itu menubuhkan kerajaan.

“Ini merupakan keputusan tidak rasmi yang dimenangi PKR di Kedah,” katanya di pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di sini sebentar tadi.

Difahamkan, pemimpin gabungan parti pembangkang itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dijadualkan mengadakan sidang akhbar kemenangan PKR menawan Kedah di sini lewat malam ini. 

Salah satu DUN BN yang tewas adalah Suka Menanti yang ditandingi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah.

Pada PRU-13 lalu, BN berjaya merampas kembali Kedah daripada Pas apabila memenangi 21 DUN dan 10 Parlimen. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×