KUCHING – Barisan Nasional (BN) Sarawak menerima tamparan hebat apabila hanya menang 19 daripada 31 kerusi Parlimen yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) berbanding 25 kerusi Parlimen pada PRU-13. Keputusan tidak rasmi itu diperoleh setakat pukul 11 malam ini. Empat parti komponen BN Sarawak iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berjaya menang 13 daripada 14 kerusi Parlimen yang ditandingi. Manakala, Parti Rakyat Sarawak (PRS) pula hanya menang tiga daripada enam kerusi dan Parti Demokratik Progresif (PDP) menang dua daripada empat kerusi Parlimen yang ditandingi. Bagaimanapun, Parti Rakyat Bersatu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya