KUALA LUMPUR – Kerusi Parlimen Kanowit dimenangi Barisan Nasional (BN) apabila calonnya, Datuk Aaron Ago Anak Dagang berjaya mengenepikan pencabarnya dari Parti Keadilan Rakyat dengan majoriti 4,312 undi. Aaron Ago memperoleh 9,552 undi menewaskan Satu Anak Anchom yang mendapat 5,240 undi. – K! ONLINE