Kempen kesedaran JHS tingkatkan kerjasama awam - Utusan Malaysia

Kempen kesedaran JHS tingkatkan kerjasama awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUNDU 21 Mei – Jabatan Hutan Sarawak (JHS) akan mengadakan kempen kesedaran awam sebagai usaha membanteras kegiatan pembalakan haram, pencerobohan kawasan terlindung sepenuhnya dan pemburuan hidupan liar secara haram di seluruh negeri ini.

JHS dalam kenyataan memberitahu, kempen tersebut bertujuan mendapatkan kerjasama orang awam dalam menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti berkenaan.

Katanya, langkah itu penting dalam usaha membanteras aktiviti pihak dan individu yang tidak bertanggungjawab.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jabatan Hutan Sarawak kini membuka banyak saluran untuk memudahkan orang awam menyalurkan maklumat antaranya melalui talian hotline 1-800-88-7777.

“Selain itu, orang ramai juga boleh menggunakan Talikhidmat di talian 555999 atau taip “555999 HANTAR (Aduan anda) dan SMS ke nombor 62999 serta melalui email di m555999.sarawak.gov.my,” jelas kenyataan itu di sini hari ini.

Terdahulu, seramai 101 ketua masyarakat termasuk Pemanca, Penghulu, Ketua Kaum dan Ketua Kampung bagi kawasan Lundu dan Sematan menghadiri kempen kesedaran diadakan di Majlis Daerah Lundu baru-baru ini.

Kempen itu dirasmikan wakil Pemangku Pengarah Hutan merangkap Penolong Pengarah Hutan Kanan Bahagian Pencegahan & Penguatkuasaan, Abdul Wahab Ahmad.

Jelas kenyataan itu, kempen diadakan dengan kerjasama Pejabat Daerah Lundu itu bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada orang awam mengenai usaha pencegahan dan penguatkuasaan.

“Kita mahu mendidik orang awam cara untuk mengenal pasti aktiviti pembalakan haram dan balak haram, pencerobohan kawasan terlindung sepenuhnya dan kegiatan eksploitasi hidupan liar di Sarawak.

“Pendidikan diterapkan itu seperti yang termaktub dalam Ordinan Hutan 2015, Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 dan Ordinan Taman Negara dan Kawasan Simpanan Alam 1998,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini