PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan akan memohon lebih peruntukan bagi menyelesaikan pelbagai masalah dihadapi kementerian itu ketika ini. Menteri Kesihatan yang baharu dilantik, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, antara masalah utama dihadapi kementerian ialah proses penempatan graduan perubatan sebagai pegawai perubatan siswazah atau ‘housemanship’, harga ubat mahal, tempoh menunggu pesakit di hospital dan sasaran mencapai nisbah seorang doktor bagi 400 penduduk menjelang 2030. “Masalah ini berikutan peruntukan diterima Kementerian Kesihatan dalam Bajet 2018 tidak mencukupi untuk menanggung kos yang ditanggung kementerian membabitkan isu-isu tersebut,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya