LOS ANGELES – Heroin yang memegang watak Lois Lane dalam filem Superman, Margot Kidder pada tahun 1970-an dan 80-an meninggal dunia pada usia 69 tahun.
Kidder meninggal dunia pada hari Ahad di kediamanya di Livingston, Montana, menurut notis di laman web Rumah Pengebumian Franzen-Davis.
Pengurus Kidder, Camilla Fluxman Pines berkata aktres itu meninggal dunia sewaktu tidur.
Selain terkenal sebagai heroin dalam “Superman”, Kidder mempunyai banyak filem yang tidak dapat dilupakan, termasuk “You’ve got me?! Who’s got you?!”. – K! ONLINE










